1.0 PENGENALAN
1
1.1.KONSEP
Learning
Management System(LMS) ialah aplikasi berasaskan-web yang mampu
mengurus pembelajaran elektonik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi
dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan
bahan-bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk
pengurusan pemantapan pembelajaran. Dan semua itu dilakukan dengan
online. Sistem LMS ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat
turun nota, mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah, melihat keputusan peperiksaan, mengambil tugas-tugas dan
tes-tes yang harus dikerjakan, serta melihat jadual diskusi secara maya
dan keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar untuk berinteraksi dengan
pensyarah dan rakan-rakan. Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan
untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada
pelajar.
1.1.2.CIRI-CIRI LMS
Perisian
yang terdapat dalam LMS pada umumnya antara ialah administrasi, iaitu
informasi tentang unit-unit terkait dalam proses belajar mengajar,
penyampaian materi, kemudahan akses ke sumber referensi, penilaian ujian
online dan pengumpulan feedback, komunikasi, GROVO, MOODLE,dan
BLACKBOARD.
1.1.3.PERBEZAAN LMS DAN CMS
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
|
CONTENT MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
|
aplikasi berasaskan-web
|
program komputer
|
mengurus
pembelajaran elektonik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan
pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan-bahan
yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan
pemantapan pembelajaran
|
membuat
penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta
penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS
|
GROVO, MOODLE,dan BLACKBOARD
|
i PHP, ASP .NET. JOOMLA, WORDPRESS, DRUPAL, MOVABLETYPE dan MAMBO.
|
1.1.4.CONTOH LMS DI DALAM IPTA DAN IPTS
· UKM
I-folio
· UPM
SPIN
· UTM
Ilearn System
· UIA
LearningCare
· UMPerlis
Claroline
· UPNM
LearningCube
· UTHM
Blackboard
· USIM
myLMS
· Politeknik Nilai
Cidos
· UPSI
Mysis
MyGuru
Myportal
· UM
MyUM
Spectrum UM
1. 1.5.JENIS LMS YANG PERCUMA
· Claroline
· Dokeos
· LRN
· Atutor
· Olat
· Sakai
2.0 ISU
2.1 KEKURANGAN DALAM PENGGUNAAN LMS
Selain
terdapat pelbagai kelebihan di dalam aplikasi Learning Management
System (LMS), terdapat juga kelemaham di dalam sistem tersebut.
Antaranya ialah, kekurangan interaksi antara pensyarah dan mahasiswa
atau bahkan antara mahasiswa itu sendiri. Hal ini demikian kerana,
dengan penggunaan LMS pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
hanya perlu menyampaikan tugasan atau tutorial hanya melalui sistem
tersebut. Sebarang perbincangan mahupun persoalan hanya di sampaikan dan
dibincangkan melalui sistem tersebut. Kurangnya perbincangan dua hala
yang memerlukan pensyarah dan pelajar untuk bertemu bersua muka membawa
kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang cenderung kearah latihan
daripada pendidikan. Seterusnya, bagi pelajar yang tidak mempunyai
motivasi belajar yang tinggi lebih cenderung untuk gagal. Hal ini
demikian kerana, pelajar perlu menilai diri dan bertindak sendiri agar
tidak terpesong dari jalan yang sepatutnya.
Selain
itu, penggunaan LMS juga membawa kepada sedikit permasalahan kepada
pensyarah mahupun mahasiswa. Hal ini demikian kerana, tidak semua tempat
tersedia mempunyai kemudahan untuk mengakses internet terutamanya di
rumah kediaman pelajar. Malahan, terdapat beberapa dewan kuliah dan
bilik tutoran yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses internet.
Bagi pelajar yang tidak mempunyai kewangan yang stabil dan tidak
mempunyai komputer peribadi juga sedikit sebanyak memberikan tekanan
kerana mereka hanya boleh mengakses internet di kafe siber ataupun
melalui telefon pintar. Hal ini menyukarkan mereka untuk membuat tugasan
ataupun mendapatkan nota kuliah daripada pensyarah pada waktu lapang di
tengah malam. Seterusnya, permasalahan lain yang timbul ialah kurangnya
penguasaan Bahasa Komputer dan kurangnya juga tenaga yang mengetahui
dan memiliki keterampilan internet.
2.2 MASALAH YANG BAKAL DI HADAPI
Antara
masalah yang bakal dihadapi dalam Learning Management System adalah
LMS tidak muat aliran kerja pentadbiran yang sedia ada: Satu sebab
utama untuk melaksanakan LMS adalah untuk menyokong pentadbiran latihan
yang cekap. Jadi, jika ini tidak berfungsi untuk pelajar, maka ia adalah
masalah yang sebenar. Apabila memilih LMS, pastikan untuk memetakan
aliran kerja pentadbiran dan pengguna akhir iaitu pelajar dan
menggunakan kaedah ini untuk menyampaikan keperluan pelaksanaan
LMS.Seandainya perkara ini tidak dilakukan terlebih dahulu,sistem tidak
akan selari dengan apa yang kita kehendaki.Ia agak menyusahkan pelajar
untuk menggunakan sistem ini.
Selain itu,masalah yang bakal dihadapi dalam LMS ini adalah jika sistem
tidak dilindungi dengan sebaiknya, ia akan berisiko untuk berlaku
pencerobohan oleh pihak yang tidak sepatutnya.Ini akan menyebabkan
segala data pelajar dan pensyarah akan dicuri oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.Oleh itu,sistem keselamatan hendaklah dinaiktaraf
setiap masa untuk memastikan penggunaannya selamat.Tambahan
pula,penggunaan sistem LMS ini perlu diberi latihan kepada pensyarah dan
pelajar untuk memastikan penggunaannya ditahap maksimum.Masalah akan
timbul jika mereka tidak diberi pendedahan awal terlebih dahulu.Mereka
akan menganggap penggunaan LMS ini menyusahkan mereka dan mereka lebih
suka menggunaakan kaedah manual dan pembelajaran dan pengajaran.
3.0 KEPENTINGAN DAN FAEDAH
3.1. KEPENTINGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Secara
umumnya, aplikasi Learning Management System ini amat penting dalam
system pentadbiran dalam sesebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana
ia memudahkan pengguna dalam pelbagai aspek. Antara kepentingan LMS
adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila
masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan
lebih efektif. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.
Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar
meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman
web. Melalui penggunaan LMS, pelajar juga berpeluang untuk berbincang
dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard. Selain itu,
LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar, pengurus
kursus, tutor, pengurus pusat pembelajaran.
Selain itu, ia juga mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan
kelebihan ini melibatkan semua pihak dan pengguna. Antara kelebihannya
adalah:
Ø Kelebihan
LMS kepada pelajar adalah, dapat merancang pembelajaran,dapat
berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan
memboleh pelbagai maklumat didapati.
Ø Kelebihan
LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai
penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari
pelbagai sumber.
Ø Kelebihan
LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut
kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.
3.2. FAEDAH APLIKASI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) DALAM PENDIDIKAN
·
- Menetapkan dan merekodkan latihan untuk kakitangan dengan LMS
Mampu
menyeragamkan usaha pentadbiran, untuk membuat ia mudah memastikan
setiap anggota kakitangan menerima program latihan yang sesuai serta
membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan
sumber-sumber lain yang diperlukan untuk menyampaikan kursus.
- · Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
Suatu LMS sering menyediakan satu, portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran.
- · Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
Menyemak
semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di seluruh
syarikat, mengenal pasti staf yang telah siap kelulusan tertentu, dan
banyak lagi.
·
- Mengurangkan kos latihan dengan LMS
Sistem
LMS yang betul dapat mengurangkan kos latihan anda dalam pelbagai cara,
seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (seperti kurang
perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa, kos pengajaran yang lebih
rendah, dan lain-lain) serta menyelaraskan pentadbiran program latihan
di setiap organisasi.
·
- Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia
Satu
lagi sebab utama untuk melabur di sebuah LMS adalah untuk lebih
mematuhi pelbagai kehendak pengawalseliaan yang dikenakan kepada pihak
industri dan organisasi. Sebagai contoh, program-program keselamatan
yang biasa digunakan untuk penyelesaian LMS kerana ia membolehkan
pelajar dan pensyarah dengan mudah menunjukkan bahawa semua kakitangan
yang sesuai ke tarikh pensijilan dan latihan yang diperlukan.
4.0 CADANGAN
4.1. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGGUNAAN LMS
LMS
merupakan satu sistem yang baik dan berpotensi untuk membawa satu
kemajuan yang lebih baik dalam kalangan siswazah dan pensyarah. LMS juga
memudahkan siswazah dan pensyarah menyelesaikan urusan dalam
pembelajaran seperti kerja kursus, kerja berkumpulan dan banyak lagi
tetapi terdapat beberapa masalah yang membantutkan penggunaan LMS dalam
kalangan siswazah dan pensyarah. Oleh itu terdapat beberapa cadangan
yang boleh membantu dalam memperbaiki penggunaan LMS.
Internet
merupakan antara keperluan asas dalam penggunaan LMS. Tanpa internet
LMS tidak dapat digunakan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu
memperbanyakkan internet percuma seperti wifi di setiap tempat negara
ini. Perkara ini telah dilaksanakan oleh beberapa buah negeri iaitu
Selangor serta Johor dan perlu dilaksanakan di negeri-negeri lain.
Dengan adanya kemudahan ini, siswazah dan pensyarah dapat menggunakan
LMS di tempat mereka berada selain rumah atau di universiti. Jadi,
masalah ketiadaan internet dapat diselesaikan. Selain itu, dengan adanya
kemudahan internet percuma ini dapat meringankan beban pelajar yang
kurang bernasib baik. Mereka dapat menggunakan LMS tanpa perlu
melanggani internet berbayar.
Kemahiran
menggunakan komputer juga memainkan peranan penting dalam penggunaan
LMS. Dengan adanya kemahiran menggunakan komputer, penggunaan LMS akan
menjadi lebih mudah. Jadi, kemahiran menggunakaan komputer perlu
dikuasai oleh setiap individu dengan menganjurkan kursus atau kelas
komputer. Kursus atau kelas komputer ini memberi input tentang cara-cara
pengunaan komputer dalam pelbagai aspek.Kemahiran menggunakan komputer
ini perlu diberikan kepada pelajar-pelajar sejak dari sekolah rendah
lagi supaya ketika di universiti mereka sudah menguasai kemahiran
menggunakan komputer ini dengan baik.
Di
zaman yang serba moden ini, perubahan berlaku dengan sangat pantas. Hal
ini kerana dunia kini sangat menitik beratkan tentang kemajuan dalam
mana-mana aspek. Oleh itu, laman LMS perlu dikemaskini secara
berperingkat dari segi penggunaan dan sistemnya. Jika, laman LMS
dikemaskini, pengguna akan lebih berminat dalam menggunakan LMS kerana
menggunakan satu sistem yang lebih terkini, baik dan memudahkan. Selain
itu, LMS akan menjadi satu sistem yang lebih moden dan tidak berada
ditampuk yang lama jika dikemaskini secara berperingkat.
Akhir
sekali, dalam laman LMS perlu diwujudkan satu aplikasi komunikasi
seperti Webcam dan rakaman suara. Perkara ini dapat mengekal interaksi
antara pelajar dan pensyarah walaupun berada diluar sesi pembelajaran
secara formal. Pelajar juga akan mendapat bimbingan daripada pensyarah
dengan baik ketika menggunakan laman LMS walaupun berada dimana sahaja.
Selain daripada mendapat latihan, pelajar juga akan mendapat konten
secara berinteraksi dalam laman LMS.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,
LMS memberi kemudahan dan jalan alternative yang lebih baik kepada
sisawazah dan Pensyarah. Penggunaan LMS juga lebih memberi impak yang
positif kepada setiap siswazah dan pensyarah walaupun terdapat beberapa
kelemahan. Penggunaan LMS perlu diperbaiki bagi mempertingkat kemajuan
dari segi penggunaannya dan kesan yang baik kepada siswazah dan
pensyarah. Selain itu, penggunaannya perlu dipertingkatkan dikalangan
siswazah dan pensyarah supaya gaya pembelajaran selari dengan teknologi
masa kini.
6.0 RUJUKAN
(22 September 2015)
ii. http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/wifi-percuma-di-seluruh-negeri-1.290510
(16 Jun)
(14 Oktober 2011)
iv. http://www.scribd.com/doc/47972283/PEMBENTANGAN-TEKNOLOGI-MEMBANTU-PENGAJARAN-STRATEGI-PENGAJARAN
vii. https://liyanaakmal236.wordpress.com/2012/09/26/
No comments:
Post a Comment